Dunia perniagaan semasa

Dunia perniagaan semasa - Dunia perniagaan semasa

Dunia perniagaan sentiasa berubah bergantung pada pelbagai faktor seperti isu dunia, pertumbuhan atau kemerosotan ekonomi, keberkesanan polisi ekonomi, permintaan dalam dan luar negara dan sebagainya. Memang tidak dinafikan lagi kedudukan geografi negara juga mempengaruhi kepesatan ekonomi.

Dunia perniagaan dalam konteks negara Malaysia

Malaysia memang sudah terkenal sejak azali disebabkan kedudukannya yang terletak di laluan perdagangan dan perniagaan antara dunia barat dan timur. Tambahan lagi, polisi ekonomi negara ini menjadikannya antara negara yang terbuka dalam kegiatan perdagangan, khususnya aktiviti e-perdagangan.

Oleh itu, kegiatan perdagangan dan perniagaan di Malaysia semakin berkembang saban tahun. Tambahan lagi, populasi di negara ini dan di negara sekitar semakin meningkat dan dalam masa beberapa dekad lagi, negara Malaysia serta negara-negara di sekitarnya akan menjadi antara negara yang paling maju, maka inilah saatnya untuk bermula.

Dunia perniagaan semasa 1 - Dunia perniagaan semasa

Kini, penggunaan Internet dalam kegiatan e-perdagangan semakin berkembang di Malaysia. Pada 20 tahun lepas, dunia Internet masih terbatas dan penuh dengan skim penipuan. Ramai orang menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian. Namun pada hari ini, e-perdagangan di Malaysia kini lebih meluas yang mana penduduk di kawasan pedalaman pun boleh membuat pesanan dan pembelian tanpa sebarang masalah.

Bukan itu sahaja, keselamatan dalam talian juga semakin canggih dan lebih terjamin dengan pengenalan teknologi penyulitan yang melindungi data pengguna. Para pengguna tidak perlu melayari dunia e-perdagangan dengan perasaan resah atau ragu-ragu. Malah, warga emas juga semakin yakin dengan penggunaan e-perdagangan di Malaysia.

Dalam ekonomi terbuka seperti di Malaysia, kegiatan perniagaan secara e-perdagangan menjadi penyumbang yang signifikan pada perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, rebutlah peluang yang ada untuk menjana pendapatan lumayan demi meningkatkan kualiti hidup anda.

Scroll to top