Perkembangan perniagaan e perdagangan dan perdagangan di Malaysia - Perkembangan perniagaan, e-perdagangan dan perdagangan di Malaysia

Perkembangan perniagaan, e-perdagangan dan perdagangan di Malaysia

Sejak krisis koronavirus yang berlaku pada tahun 2020, aktiviti perniagaan di Malaysia telah berubah secara mendadak. Kini, banyak perniagaan dijalankan secara dalam talian melalui pelbagai saluran media sosial. Arahan kawalan pergerakan untuk jutaan penduduk Malaysia telah mengekang pergerakan orang ramai untuk melakukan kegiatan harian. Namun begitu, e-perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat daripada yang dijangka hasil kecanggihan teknologi masa kini.

Kini, para pengguna tidak perlu lagi melihat secara fizikal barangan ataupun perkhidmatan yang disediakan. Mengamati gambar barangan dengan penerangan yang menarik berserta ayat pemasaran yang kreatif membuatkan penjualan e-perdagangan menjadi lebih laris. Tambahan lagi, banyak syarikat perniagaan baru dibuka secara dalam talian dan menjadi terkenal dalam masa yang singkat.

Perkembangan perniagaan e perdagangan dan perdagangan di Malaysia 2 - Perkembangan perniagaan, e-perdagangan dan perdagangan di Malaysia

Perdagangan dalam talian bukanlah satu fenomena baru. Terdapat banyak laman web dalam talian seperti Amazon dan Alibaba yang mendapat sambutan hangat daripada para pengguna. Namun, di Malaysia, ekosistem e-perdagangan tidaklah secanggih seperti di negara-negara maju yang mempunyai penduduk yang lebih ramai dan rantaian bekalan yang lebih canggih.

E-perdagangan kini lebih luas

Kini, cara pembelian untuk perniagaan dalam talian dipermudahkan untuk para pengguna di Malaysia. Berbeza daripada negara-negara maju, tidak semua orang memiliki kad kredit atau kad debit terutamanya penduduk di luar bandar. Membuat pembelian dan pembayaran untuk perdagangan secara maya kini boleh dilakukan menggunakan nombor telefon dan aplikasi dalam talian yang tidak memerlukan pengantara bank.

Perkembangan perniagaan e perdagangan dan perdagangan di Malaysia 1 - Perkembangan perniagaan, e-perdagangan dan perdagangan di Malaysia

Walaupun banyak perniagaan fizikal telah menggulung tikar, tetapi dengan kemudahan e-perdagangan, ada harapan baru untuk saluran maya merangsang ekonomi dan juga memberi peluang baru menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian.

Bukan sahaja perniagaan daripada segi barangan, perkhidmatan sahaja tetapi penjanaan pendapatan melalui forex juga boleh diusahakan. Anda boleh rujuk penerangan mengenai fx yang turut mendapat sambutan. Dalam masa beberapa tahun akan datang, e-perdagangan dijangka akan terus meningkat daripada demografi pengguna dalam talian yang semakin bertambah dan semakin celik teknologi untuk membeli secara dalam talian.

Scroll to top