Perniagaan dan Perdagangan 10 tahun akan datang - Perniagaan dan Perdagangan: 10 tahun akan datang

Perniagaan dan Perdagangan: 10 tahun akan datang

Sejak berlakunya wabak koronavirus, seantero dunia telah berubah secara mendadak. Tanpa disangka, pergerakan manusia menjadi lebih terhad. Aktiviti harian seperti bekerja, pembelajaran, berekreasi dan aktiviti perniagaan dan perdagangan telah terjejas. Dalam artikel ini, kita akan berbincang mengenai jangkaan masa hadapan pada 10 tahun yang akan datang.

Jelasnya, penyakit koronavirus akan kekal bersama kita untuk satu tempoh yang lebih lama disebabkan negara masih lagi dalam proses penyesuaian. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, perkara ini telah memaksa kita untuk melakukan aktiviti perniagaan di sekitar kawasan tempat tinggal dalam lingkungan 10 kilometer dari rumah kediaman sahaja. Dalam situasi ini juga, terdapat banyak kedai perniagaan kecil dibuka dan mendapat sambutan ramai. Trend begini dijangka akan terus berkembang dan para peniaga tempatan boleh memenuhi permintaan tempatan.

Perniagaan dan Perdagangan 10 tahun akan datang 2 - Perniagaan dan Perdagangan: 10 tahun akan datang

Sektor-sektor perniagaan yang berkembang

Sudah tentu, e-perdagangan menjadi topik hangat pada masa kini. Jumlah platform e-perdagangan yang dibangunkan dalam masa 2 tahun ini juga semakin banyak. Sebagai contoh, banyak pasar raya menawarkan perkhidmatan pembelian dalam talian dengan jaminan pembelian selamat. Malah, syarikat e-perdagangan turut menawarkan penghantaran barangan terus ke rumah pembeli yang tidak dapat keluar dari rumah kediaman.

Sektor perniagaan kesihatan turut berkembang. Orang ramai lebih mengutamakan kesihatan dengan membeli lebih banyak produk yang boleh membantu menambah baik kesihatan seperti pil vitamin, minuman dan makanan berkhasiat dan sebagainya. Tambahan lagi, penjualan produk kebersihan untuk membunuh kuman dan virus seperti gel, bahan pencuci, sarung tangan dan sebagainya melonjak dalam masa 2 tahun ini.

Perniagaan dan Perdagangan 10 tahun akan datang 1 - Perniagaan dan Perdagangan: 10 tahun akan datang

Dalam masa 10 tahun yang akan datang, generasi yang menempuhi wabak ini dijangka akan terus menggunakan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan secara e-perdagangan dan tempatan. Hal Ini kerana pengguna sudah lazim dengan norma baharu seperti yang diterangkan di atas. Oleh itu, modul perniagaan dan sektor perdagangan yang disediakan semasa krisis koronavirus akan menjadi pilihan orang ramai dan memberikan satu peluang baru untuk menjana pendapatan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Scroll to top